LATAR BELAKANG

Hasrat untuk menubuhkan sebuah “Khutub Khanah atau perpustakaan” telah bermula sejak tahun 1966. Sebuah Jawatankuasa Khutub Khanah telah ditubuhkan untuk memulakan langkah tersebut. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 28 Sept 1968 dan bersetuju menggunakan Bilik Pertahanan Awam di Bangunan Mahkamah Lama yang terletak di Jalan Kelab Indera Kayangan, Kangar sebagai tapak permulaan bagi memulakan sebuah Khutub Khanah di negeri Perlis. Segala kelengkapan seperti buku diperolehi melalui sumbangan derma daripada pihak swasta, ahli-ahli perniagaan dan orang perseorangan. Perubahan tempat ini sesuai berbanding dengan usaha awal tahun 1966 di mana ia hanya menumpang di bangunan Kelab Indera Kayangan, Kangar.

No comments:

Post a Comment